17,160 PUNTUNG ROKOK CEMARI PANTAI SAUJANA PORT DICKSON

Sebanyak 17,160 puntung rokok dikumpulkan melalui program World Clean Up Day 2024 di sekitar Pantai Saujana Port Dickson pada Sabtu lalu. Program yang disertai 200 sukarelawan itu melibatkan pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta.

Menurut Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd, Mohd Norlisam Mohd Nordin, melalui program itu juga sebanyak 7,392 cebisan plastik dan polisterin serta 1,094 helai beg plastik antara yang tertinggi dikumpulkan. Program ini diadakan selari dengan komitmen SWM Environment untuk memelihara keindahan alam semula jadi dan memupuk pembudayaan tanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

Di samping itu, para sukarelawan turut melaksanakan pengauditan sisa yang bertujuan untuk mengenal pasti jenis sisa yang dijana di sekitar pantai, bagi memahami corak pembuangan sampah di kawasan persisiran pantai.  Menurutnya, pengauditan sisa sampah dilakukan untuk mendapatkan maklumat penting tentang jenis sampah dihasilkan para pengunjung terutama cebisan kecil yang boleh memberikan ancaman serius kepada ekosistem marin. Tanpa sedar sisa kecil ini walaupun nampak remeh namun boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan kepada hidupan laut.

Pada tahun lalu pengauditan cebisan kecil sisa merekodkan 10,651 puntung rokok diikuti 636 perkakasan makanan (sudu dan garfu plastik) dan 592 beg plastik. Selain itu, sebanyak 203 penutup botol plastik dan 178 bekas minuman plastik turut berjaya dikumpulkan yang merupakan antara jenis sisa paling banyak dijumpai serta paling berbahaya. Bahan berkenaan mengambil masa ratusan tahun untuk terurai dan sering dimakan oleh haiwan marin sekali gus menyebabkan kemudaratan kepada ekosistem. Bahan berkenaan mengambil masa ratusan tahun untuk terurai dan sering dimakan oleh haiwan marin sekali gus menyebabkan kemudaratan kepada ekosistem.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …