Pada 20 September 2024, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan sindiket penyeludupan rokok di Kg Pok Keral, Tumpat, Kelantan.
Tangkapan dilakukan sekitar jam 1 pagi setelah PGA menahan sebuah kenderaan mencurigakan. Walaubagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri setelah kenderaannya terbabas.
Dalam pemeriksaan tersebut, lebih 100,000 batang rokok putih tidak bercukai ditemukan dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 130,000.00.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi