RAMPASAN BERAS BERNILAI LEBIH RM95 RIBU OLEH PGA DI KELANTAN

Pada 19 September 2024, Batalion 9, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan beras di kawasan pengkalan haram Tengkorak, Pengkalan Kubor, Kelantan.

Serbuan dilakukan sekitar jam 9 pagi setelah anggota PGA melihat kelakuan mencurigakan beberapa lelaki di lokasi tersebut. Namun, suspek melarikan diri sebelum ditangkap.

Hasil pemeriksaan menemukan anggaran 1,000kg beras di dalam lori tersebut dengan nilai rampasan dianggarkan  sekitar RM 95,400. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …