TIGA PEMBANTU PENGAJAR MADRASAH DIDAKWA LAKUKAN AMANG SEKSUAL

Tiga pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah yang terkait siasatan Op Global didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini masing-masing antara tiga hingga enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki di pusat jagaan itu sejak 2022 hingga 2023. Tertuduh, Muhammad Habib Noh Mohd Zairi, 21 yang berdepan lima pertuduhan, manakala Muhammad Khunnais Fathie Khabil, 20, enam pertuduhan dan Ahmad Nadzful Izham Azizan, 22, tiga pertuduhan masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka melakukan amang seksual fizikal dengan sentuhan fizikal secara seksual terhadap lima kanak-kanak lelaki yang tiga daripadanya adalah adik-beradik, berusia antara sembilan hingga 11 tahun. Kesalahan itu dilakukan antara 2022 hingga 2023 di sebuah madrasah di Kuala Pilah.Berikutan itu tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebatan.

Muhammad Habib Noh turut berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Mengikut pertuduhan itu, dia didapati melakukan suatu amang seksual fizikal ke atas mangsa berusia 10 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan jaminan, namun jika mahkamah membenarkannya, dia memohon jaminan ditetapkan sebanyak RM30,000 bagi setiap pertuduhan. Keluarga tertuduh iaitu bapa dan abang masing-masing kemudiannya merayu jaminan minimum dikenakan kerana jumlah yang dicadangkan agak tinggi. Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis sekali sebulan. Tertuduh juga diarahkan tidak mengganggu mangsa serta saksi, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta boleh dihubungi bila-bila masa. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 30 Oktober depan bagi laporan perubatan dan lantikan peguam.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …