PGA TUMPASKAN SINDIKET SELUDUP PETROL BERNILAI RM31 RIBU

Pada 18 September 2024, Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minyak petrol dan diesel di pengkalan haram Yasin, Rantau Panjang, Kelantan.

Rampasan dilakukan sekitar jam 11 malam setelah anggota PGA melihat sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Namun, suspek berjaya melarikan diri. Pemeriksaan mendapati lebih 400 liter minyak petrol dan 180 liter diesel dalam beberapa tong di dalam kereta, dengan anggaran nilai rampasan RM31,464.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, dan hasil rampasan diserahkan kepada Komtak Taman Bakti untuk tindakan lanjut.

 

SUmber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Majlis Bandaraya …

PROGRAM HARI KEBANGSAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Hari …

PROGRAM JIWA @ KOMUNITI MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JIWA …