𝗒𝗣𝗦 𝗦𝗔𝗣𝗨

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Rungutan penduduk mengenai warga asing yang menghuni kawasan kediaman menjadi aduan yang disalurkan ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) akhirnya diambil tindakan. Sebanyak lapan buah rumah di Taman Tangling Indah, Simpang Ampat Pulau Pinang telah diperiksa dalam siri Ops Sapu yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang.
Seramai 75 orang penghuni warga asing telah diperiksa dan hasilnya 15 orang tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah. Mereka terdiri daripada 14 lelaki dan 1 wanita warga Myanmar yang berumur di antara 22 hingga 46 tahun.
Kesemua mereka telah ditangkap kerana disyaki melanggar peruntukan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki Pas yang sah serta untuk siasatan lanjut jabatan.
Sumber : JIM Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/jim.pulaupinang

Artikel/Berita Terkini

KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM KUDAT PERLU DIPERKUKUH

MESRA: Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman berbual dengan barisan tertinggi polis Sabah selepas mesyuarat. KOTA KINABALU: Kerajaan …

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH BAHARU

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

PRN MELAKA KE 16 : PDRM KONTINJEN MELAKA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah menghadiri Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) …