MA63: 11 TUNTUTAN BERJAYA DISELESAIKAN

Anwar bersama Fadillah (kanan), Hajiji (dua kanan) dan Abang Johari (kiri) ketika menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) semalam.-Gambar BERNAMA

KOTA KINABALU: Sebanyak 11 tuntutan di bawah platform rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah berjaya diselesaikan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata tujuh tuntutan diselesaikan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik, penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas serta pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1995 [Akta 533] bagi melantik wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sebagai anggota tetap LHDN.

Fadillah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MTPMA63, berkata penyelesaian itu turut merangkumi tuntutan berkaitan pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak, garis panduan khas penyerahan semula tanah dirizabkan bagi maksud Persekutuan di Sabah dan Sarawak.

“Komitmen di bawah Perdana Menteri Ke-10 menyaksikan lebih banyak perkara yang dapat diputuskan dalam tempoh dua tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini semalam.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Anwar itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hadir sama ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya serta Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Fadillah juga berkata tiga lagi tuntutan telah selesaikan semasa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri iaitu penyerahan kuasa ke atas pentadbiran Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Sabah.

Selain itu, pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan serta pemberian kuasa berkaitan pelesenan dan penangkapan ikan laut dalam kepada Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata penyerahan kuasa kawal selia Gas Petroleum Cecair (LPG) kepada Sarawak pula dilakukan semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Fadillah berkata Mesyuarat MTPMA63 penting bagi membolehkan kerajaan merencana tindakan susulan yang pragmatik berhubung status tuntutan di bawah MA63 yang belum selesai dilaksanakan.

“Atas komitmen itu juga, kita telah memutuskan untuk menambah baik struktur platform perundingan antara ketiga-tiga peringkat kerajaan dengan memperkukuhkannya melalui pelantikan keahlian baharu dalam platform MTPMA63,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …