12 LEMBU SELUDUP BERNILAI RM60,000 DIRAMPAS DI TEBING SUNGAI GOLOK

Tentera Darat Malaysia (TDM) merampas 12 lembu seludup bernilai RM60,000 di tebing Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand, di sini, 1.15 tengah hari semalam.

“Ketika kejadian, pasukan operasi yang bertugas mengesan tiga orang awam melakukan aktiviti penyeludupan haiwan dengan membawa masuk kesemua lembu merentasi sungai cetek dari Thailand ke Malaysia.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek melarikan diri yang mana dua daripada mereka menyeberangi Sungai Golok ke Thailand, manakala seorang lagi memandu pacuan empat roda ke arah jalan utama dan meninggalkan kesemua lembu terbabit.

Balai Polis Lalang Pepuyu, di sini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Haiwan rampasan diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Rantau Panjang, manakala kes penyeludupan ini akan disiasat oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

 

Sumber: Harian Metro, Markas Divisyen Ke 2 Infantri Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …