#RONDARABU: MASJID IMANUL FA’IZIN

@itsmezackyy Kembara Subuh ✨🌙 📍Masjid Imanul Faizin (Masjid Andalusia), Melor, Kelantan #masjid #masjidandalusia #masjidimanulfaizin #andalusia #kelantan #melor @Kelantan Share @Andalusia HQ ♬ original sound - zαcky

MASJID Imanul Fa’izin di Kampung Padang Kala, Kota Bharu, Kelantan kini menjadi destinasi kunjungan ramai bukan sahaja untuk beribadat, sebaliknya seni binanya yang menyerupai Masjid Sheikh Zayed al- Nahyan di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) turut menjadi tarikan.

Dikenali dengan panggilan Masjid Andalusia, masjid berwarna putih itu dihiasi dekorasi 100 kubah bersaiz besar dan kecil di kawasan berkeluasan hampir 0.46 hektar.

Masjid yang tular kerana kecantikan dan keunikan reka bentuknya itu mula dibina pada 2020, inspirasi daripada Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Masjid Imanul Fa’izin dibuka pada hari pertama Ramadan 2024 yang lalu bagi mengambil keberkatan bulan suci itu sekali gus menamatkan penantian orang ramai yang tertunggu-tunggu pembukaannya.

Another must-go place to visit in Kelantan gais!

 

Sumber: Sinar Harian, Kosmo, Tiktok itsmezackyy

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …