ISU BEKALAN AIR SAWAH: KELANTAN, KPKM SETUJU SIAPKAN SISTEM PAM KEMUBU DAN LEMAL

Kerajaan Kelantan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersetuju menyiapkan Sistem Pam Kemubu dan Lemal melalui peruntukan berjumlah RM20 juta bagi menyelesaikan isu bekalan air dihadapi petani negeri ini.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata pembaikan benteng sementara ‘sheetpile’ dan kerja-kerja berkaitan di Skim Pengairan Kemubu juga akan dilakukan dengan anggaran kos berjumlah RM15 juta.

Menurutnya pembinaan Takungan Air Pinggir Sungai (TAPS) dengan kos RM700 juta pula akan dilaksanakan bagi penyelesaian jangka panjang sebagai jaminan sumber air yang mencukupi pada waktu kemarau.

Mohd Nassuruddin berkata pendekatan yang diambil secara berperingkat itu dijangka menyelesaikan masalah dihadapi petani.

“Terima kasih kepada kerajaan Persekutuan perkara ini akan berjalan, insya-Allah dengan pendekatan ini masalah dihadapi petani akan selesai dan kita akan bincang dalam mesyuarat exco minggu ini,” katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri akan terus komited membela nasib pesawah bagi memastikan keterjaminan makanan negara terpelihara.

Kemarau yang melanda Kelantan Mei lepas dilaporkan telah menjejaskan sistem pengairan sekali gus memberi kesan kepada hasil tanaman padi dengan sebahagian besar petani mengalami kerugian dan tidak dapat mengusahakan sawah mereka.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …