80 PESERTA ROYAL PAHANG BILLFISH DARI TUJUH NEGARA REBUT HADIAH RM76,000

ROMPIN, 7 SEPTEMBER 2024 : Seramai 80 peserta daripada 20 pasukan melibatkan tujuh negara berentap pada Royal Pahang Billfish International Challenge merebut hadiah keseluruhan RM76,000.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Puan Leong Yu Man berkata, tujuh negara yang turut serta pada pertandingan kali ini ialah Jepun, Scotland, Singapura, United Kingdom, Australia, India dan tuan rumah Malaysia.

Menurutnya, penyertaan kali ini menunjukkan peningkatan berbanding penganjuran sebelum ini memberikan gambaran tarikan kepada peserta luar negara amat memberangsangkan.

“Kalau berbanding dengan tahun lepas ianya ada penambahan sebanyak tujuh pasukan dan kita berharap bahawa tahun depan kita akan dapat menarik (penyertaan) lebih ramai lagi dan program ini bukan sahaja di Rompin sahaja sebenarnya pihak swasta juga ada menganjurkan Billfish Fishing Competition masing-masing dan atas penganjuran dan insiatif mereka sendiri.

“Dan sejak ada Billfish Competition di Rompin kita nampak bahawa Rompin semakin naik (dikenali) sebagai destinasi untuk golongan penggemar-penggemar ikan Billfish dan sebagai contoh ianya telah menambah bilangan bot di Rompin dan pemain insdustri (pelancongan) tempatan, homestay, hotel, kedai makan, restoran, stesen minyak, semua dapat manfaat dan saya berharap kita akan dapat memajukan dan membangunkan event dan acara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelepasan Peserta Royal Pahang Billfish International Challenge 2024 yang berlangsung di Jeti Kampung Pantai Bernas, Kuala Rompin, hari ini.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, YB. Dato’ Sri Mohd Johari Hussain, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman (TDA), YH. Dato’ Haji Edros Yahaya dan Pengarah Perikanan Negeri Pahang, YBrs Tuan Abdullah Jaafar.

Menurut YB. Puan Leong Yu Man, penganjuran program kali ini bertujuan mempromosikan Rompin sebagai destinasi pelancongan kepada penggemar aktiviti memancing.

Untuk rekod, acara tahunan Royal Pahang Billfish International Challenge 2024 ini mendapat penajaan daripada Expert Graphite, International Eupro, Mula Marine Fishing, Tackles Kedai Pancing, Q Ads Media, XZoga, Lemax dan Gawas.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …