TUISYEN PERCUMA BANTU 450 MURID KECICIRAN DI KELANTAN

Yokuk Foundation dengan sokongan Yayasan Hasanah, Neumera (M) Sdn Bhd dan Kementerian Kewangan menganjurkan program Peningkatan Pencapaian Murid Pemulihan Khas bagi membantu 450 murid daripada golongan kurang bernasib baik.

Program berkenaan memberi tumpuan kepada murid normal yang masih belum menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta menghadapi keciciran pencapaian dalam pembelajaran.

Program ini menyediakan kelas tuisyen secara percuma membabitkan 23 sekolah di Kelantan.
Program yang dijalankan di daerah Pasir Puteh bermula November tahun lepas membabitkan 13 sekolah telah menunjukkan hasil positif apabila sebanyak 131 daripada 300 murid berjaya dikeluarkan daripada program berkenaan selepas enam bulan dilaksanakan.

Selain di Pasir Puteh, program sama turut diadakan di Tumpat bermula Mei lepas membabitan 150 murid daripada 10 sekolah terpilih.

Penganjur juga bercadang untuk mengadakan program ini di Pasir Mas dengan penglibatan 10 buah sekolah membabitkan 200 murid.
Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …