OP TARING WAWASAN KELANTAN – TANGKAPAN DAN RAMPASAN PELBAGAI POKOK LEBIH RM1 JUTA

RANTAU PANJANG 5 SEPTEMBER 2024 (JUMAAT) – Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 7 PGA apabila mendapat maklumat dari pihak berkuasa Thailand berkaitan aktiviti penyeludupan pokok. Pasukan BN 7 PGA telah menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah treler jenis Volvo mendapati 7 batang pokok jenis Livistona Rotundifolia dan lebih 250 batang pokok jenis Focus Chinese tanpa dokumen yang sah ditemui di belakang treler tersebut. Suspek seorang lelaki warga tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup pokok tersebut dari Thailand ke pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 1,480,000.00 dan kes disiasat dibawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Sek. 5 dan Peraturan Kuarantin Tumbuh-Tumbuhan 1981 Sek.17. Suspek dan hasil rampasan diserahkan ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …