GANTUNG LESEN EJEN PELANCONGAN JIKA TERLIBAT SEBARANG AKTIVITI HARAM: MOTAC

TAHAN: Pelancong warga China dan pengendalu pelancong warga tempatan ditahan selepas memasuki Perairan Tugayo Hunasan, Sitangkai, Tawi-Tawi, Filipina secara haram pada 1 September lalu.

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil serius penahanan warganegara China dan Malaysia yang memasuki Perairan Tugayo Hunasan, Sitangkai, Tawi-Tawi, Filipina secara haram pada 1 September lalu.

MOTAC dalam satu kenyataan berkata, ejen pelancongan yang mengendalikan pelancong  berkenaan sudah disiasat.

“MOTAC sudah memulakan siasatan terhadap ejen pelancongan yang disyaki

menguruskan atau membawa penumpang berkenaan.

“Sekiranya siasatan yang dijalankan mendapati sebarang kesalahan dilakukan mengikut Akta Industri Pelancongan 1992, MOTAC akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengantung, membatal lesen, mengkompaun atau mendakwa ejen pelancongan yang terbabit,” katanya.

Kenyataan itu menjelaskan, peringatan ini diberikan kepada semua ejen pelancongan di seluruh negara bagimemastikan semua pakej pelancongan dan pengaturan perjalanan mematuhiperuntukan Akta Industri Pelancongan 1992, peraturan-peraturan didalamnya danundang-undang bertulis lain.

“Pematuhan kepada undang-undang adalah penting untuk mengekalkan integriti industri pelancongan serta memastikan keselamatan serta keabsahan aktiviti pelancongan dalam kendalian setiap ejen pelancongan,” katanya.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan laman rasmi Kumpulan Maritim Filipina (PNP Maritime Group), kesemua individu termasuk lapan warga China dan tiga warga Malaysia itu ditahan Pihak Berkuasa Maritim, Tentera Laut Filipina dan Tentera Darat Filipina di perairan Sitangkai, Tawi-Tawi, Wilayah Selatan negara berkenaan.

Kesemua individu didapati memasuki wilayah Filipina dengan menaiki dua bot laju tanpa dokumen yang sah.

Difahamkan pelancong itu sedang bercuti di Semporna, dan didakwa memancing di perairan Malaysia sebelum bot yang dinaiki tidak sengaja memasuki perairan Filipina akibat cuaca buruk.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …