MALAM CINTA RASUL 2024

Jom bersama-sama kita raikan kasih dan cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam Malam Cinta Rasul 2024 Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1446 / 2024 bertemakan Al-Falah Pemacu Malaysia Madani.

📅 Tarikh : 13 – 16 September 2024

13 – 15 September : Karnival Healing De’ di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

15 September : Pameran Artifak Rasulullah SAW & Selawat Perdana di Dataran Putra, Putrajaya

16 September : Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1446 Peringkat Kebangsaan

Saksikan selawat merdu, karnival penuh pengisian rohani, dan pameran artifak bersejarah. Ayuh kita perkukuhkan cinta kepada Rasulullah SAW bersama masyarakat Malaysia Madani.

🕌 Muslimin & Muslimat dijemput hadir bersama-sama keluarga dan rakan-rakan!.

Selawat Perdana Malam Cinta Rasul SAW akan disiarkan secara langsung di TV AlHijrah bermula jam 7.45 malam.

Jom hadir, hayati, dan sebarkan cinta Rasul SAW! ❤️

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

#MalamCintaRasul2024 #CintaRasul #SelawatPerdana #MalaysiaMadani #MaulidurRasul2024

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …