KPDN KELANTAN SERBU PREMIS HIBURAN GUNA KARYA SALINAN LANGGARAN RAKAMAN FILEM, BUNYI DAN LAGU

KPDN Kelantan menyita pelbagai peralatan elektronik karaoke bernilai RM11,800 dalam operasi di sebuah premis hiburan di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan, di sini malam tadi.
Operasi kira-kira jam 9.00 malam itu susulan aduan daripada wakil pemilik hak cipta berhubung kegiatan sebuah premis itu yang menggunakan karya hak cipta bagi aktiviti perniagaan. Serbuan dibuat KDPN Kelantan dengan kerjasama wakil pemilik hak cipta dan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubur.
Pemeriksaan di lanjut premis itu mendapati terdapat set karaoke mengandungi salinan langgaran karya rakaman filem, bunyi dan lagu yang digunakan bagi tujuan perniagaan.
Berikutan itu, jika sabit kesalahan didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih daripada RM20,000 bagi setiap salinan langgaran, atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
KPDN mengingatkan semua pihak yang menggunakan karya hak cipta bagi aktiviti perniagaan supaya memohon kelulusan daripada pemilik hak cipta bagi mengelak tindakan tegas mengikut Akta Hak Cipta 1987.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …