BASIKAL HADIAH TAK TINGGAL SUBUH MENANG BASIKAL TERCANTIK MERDEKA

Berkat sebuah basikal yang dimenangi kerana tidak tinggal solat Subuh selama 40 hari, terpilih sebagai basikal berhias tercantik sempena Program Jiwa Komuniti Madani @ Merdeka Pintu Geng di sini pada Khamis.

Basikal dimiliki Ammar Ramzi, 11, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh Pintu Geng itu diperoleh daripada Masjid Taman Guru pada penganjuran Program Solat Subuh 40 Hari di masjid tersebut pada Ramadan lalu.

Ammar mengambil masa dua hari untuk menghias basikalnya dengan lebih 20 Jalur Gemilang bagi menyertai pertandingan yang dianjurkan sempena Hari Kebangsaan ke-67 dan Hari Malaysia.

Selain bendera Malaysia, basikal tersebut juga dihias tulisan patriotik menggunakan barangan kitar semula seperti kotak, kertas untuk menghasilkan bunga dan hiasan daun plastik dengan kos tidak lebih RM50.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

KETUA POLIS MELAKA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI AWAL PRN MELAKA KE-16

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, hari ini hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …