MENTERI KERJA RAYA ADAKAN LAWATAN KERJA KE KENINGAU

DENGAR: Shahelmey dan Robert sedang mendengar sesuatu semasa mengadakan lawatan ke jalan Minansut SRK.

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Daerah Keningau, pada Selesa.

Semasa lawatan kerja Shahelmey di Keningau, beliau mengadakan lawatan ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor yang ditemani Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor.

Lokasi lawatan bermula ke Jalan Minansut SRK, Jalan Liposu Mengitom Feeder, Tapak Pump House Bunga Raya dan Jalan Mongitom Bunga Raya-Kikiran.

Shahelmey turut melakukan lawatan ke kawasan DUN Liawan yang turut disertai Robert dan juga ADUN Liawan Datuk Annuar Ayub Aman.

DENGAR: Shahelmey dan Robert sedang mendengar sesuatu semasa mengadakan lawatan ke tapak Pump House Bunga Raya.

Antara yang dilawati di kawasan Liawan adalah Loji Pembentungan Lingkudau, Jalan kampung Keritan Laut  Senagang, Jambatan Kg Ulu Keritan Senagang dan Jalan Lama Tenom-Gaulan.

Terdahulu Shahelmey diberikan taklimat di Bilik Mesyuarat Jabatan Kerja Raya (JKR) Keningau sebelum turun ke kawasan DUN Liawan dan DUN Bingkor yang disampaikan pihak JKR, Jabatan Pembentungan dan Jabatan Air.

Turut serta dalam lawatan itu Pegawai Daerah Keningau Peter Jonu Moinjil, Jurutera JKR Keningau Neliah Sittor, Jurutera Jabatan Air Zuraimi, Pemimpin Pemimpin Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred, Kakitangan JKR JPPS, UPPM Bingkor dan UPPM Liawan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut