KASTAM SABAH TUMPASKAN CUBAAN SELUDUP 20 KG SYABU

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah menumpaskan cubaan menyeludup lebih 20 kilogram (kg) dadah jenis syabu di gudang Mas Kargo, di sini, pada 30 Ogos lalu.

Semua dadah yang disorokan dalam bungkusan plastik kuning keemasan bernilai RM649,440 dikesan pegawai kastam kargo udara, pasukan cawangan Narkotik Zon Sabah, kira-kira jam 9 pagi.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Siti Mang berkata, hasil pemeriksaan rapi ke atas semua bungkusan itu, terdapat 20 bungkusan plastik kuning keemasan disyaki mengandungi dadah berbahaya.

Siti (dua dari kiri) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas di gudang Mas Kargo udara, Kota Kinabalu.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas 20 bungkusan plastik kuning keemasan itu menemui sejumlah dadah jenis Methamphetamine atau syabu dengan berat kasar 20,295 gram dianggarkan bernilai RM649,440.

“Semua dadah dibungkus menggunakan plastik warna kuning keemasan jenama ‘Guanyingwang’ dipercayai dengan tujuan untuk mengelirukan pihak berkuasa.

“Kes ini kini sedang dalam siasatan lanjut untuk mengesan sebarang jaringan sindiket yang lebih besar dan memastikan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang terbabit,” katanya dalam sidang media di Menara Kastam Sabah, di sini, hari ini.

Dadah yang disembunyikan dalam plastik warna kuning keemasan disyaki cuba mengaburi mata pihak berkuasa.

Menurutnya, modus operandi bagi kes ini adalah menggunakan bungkusan plastik warna kuning keemasan jenama ‘Guanyingwang’ yang diseludup masuk ke dalam negara melalui kargo udara.

“Hasil pemeriksaan ke alamat pada kotak bungkusan disyaki menggunakan alamat palsu namun siasatan lanjut masih diteruskan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori atau penjara seumur hidup,” katanya.

Sidang media kejayaan Kastam Sabah menumpaskan cubaan menyeludup lebih 20 kilogram (kg) dadah jenis syabu di gudang Mas Kargo,Kota Kinabalu.

Sementara itu, Siti berkata, aktiviti penyeludupan bukan saja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, orang ramai disarankan supaya bekerjasama memerangi jenayah penyeludupan dengan menyalurkan maklumat ditalian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855.

“Kastam juga turut memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat berkenaan adalah dirahsiakan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah

 

Sumber:  INFO X

 

 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut