PAMERAN ‘TEPEN’ DEDAH IDENTITI BUDAYA

Banda Hilir 4 September – Kiriman makanan dalam mangkuk tingkat kepada tetamu atau buah tangan selepas berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai antara tradisi Melayu diamalkan sejak zaman-berzaman.

Amalan berkenaan sebagai simbol kepada semangat persaudaraan dan tanda ingatan masih diamalkan sehingga kini, namun pasti ramai masih samar-samar mengenai sejarah mangkuk tingkat.

Bagi yang berminat untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai mangkuk tingkat boleh mengenali sejarah dan kisah disebalik mangkuk tingkat dari pelbagai sudut menerusi Pameran Nostalgia: Mangkuk Tingkat.

Pameran tersebut diadakan di Muzium Sejarah dan Etnografi bermula 1 September hingga 30 November depan.

Tinjauan Melaka Hari Ini di lokasi mendapati pameran tersebut menampilkan pelbagai bentuk, rupa, seni dan cerita disebalik mangkuk tingkat itu dipamerkan.

Antara yang mencuri tumpuan adalah fungsi dan keunikan mangkuk tingkat atau dalam bahasa Inggeris adalah ‘tiffin’ yang digunakan untuk mengisi makanan namun membawa nama berbeza pada setiap budaya.

Dalam kalangan Melayu, makanan dalam mangkuk tingkat diberikan oleh tuan rumah kepada tetamu atau buah tangan ketika berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai antara tradisi Melayu yang diamalkan sejak zaman-berzaman sebagai tanda persaudaraan.

Manakala dalam budaya Cina Mangkuk tingkat dipanggil ‘Pua Chan’ dan ‘Thukku Chatti’ dalam bahasa Tamil.

Ia sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat tanpa mengira bangsa samada Melayu, Cina, India, Peranakan Nyonya, Chetti dan lain-lain.

Menerusi etnik Baba dan Nyonya mangkuk tingkat ini dikenali sebagai Bakul Siah atau Bakul Sia dalam dialek Hokkien.

Wajah mangkuk tingkat yang dihiasi dengan elemen-elemen klasik dan tradisional seperti motif batik dan kebaya, menambah nilai estetik dan nilai budaya masyarakat Malaysia.

Keunikan ini tidak hanya menjadikan ianya berguna sebagai bekas makanan tetapi juga sebagai karya seni yang menarik dan bernilai sejarah.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …