Seremban merupakan daerah keenam tertinggi di negara ini bagi jumlah kertas siasatan yang dibuka membabitkan kes penipuan dalam talian sejak Januari hingga Ogos lalu. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, dalam tempoh tersebut, sebanyak 701 kes direkodkan manakala Nilai berada di kedudukan ke-15 dengan 434 kes.
Menurutnya, secara keseluruhan, sebanyak 1,710 kes melibatkan penipuan secara dalam talian di negeri ini dengan nilai kerugian direkodkan sebanyak RM 47.1 juta dalam tempoh sama tahun ini. Pada tahun lalu, sebanyak 2,024 kes penipuan melibatkan kerugian RM40.9 juta direkodkan. Data ini jelas menunjukkan sedikit penurunan 18.4 peratus, namun peningkatan dari segi nilai kerugian sebanyak RM6.2 juta.
Berfikiran secara logik dan rasional apabila berhadapan dengan situasi penipuan atas talian antara panduan yang perlu diamalkan bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan. Orang ramai dinasihatkan jangan cepat terpengaruh dan terburu-buru dengan apa jua tawaran lumayan di dalam media sosial. Sentiasa mengambil tahu prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang berkaitan dengan transaksi atau urusan-urusan bank atau urus niaga atas talian. Pihak berkuasa tidak akan berurusan dalam talian dan ini adalah SOP-SOP bagi semua agensi penguat kuasa dalam negara ini.Β setiap orang perlu sentiasa mengamalkan sikap semak dan tanya pada setiap perkara atau urusan yang kita kurang pasti.
Sumber:Β Sinar Harian