BANDUAN BEBAS AWAL TERHARU DIBERI PENGAMPUNAN AGONG

Tanggal 31 Ogos bukan sahaja merupakan Hari Kebangsaan buat seorang banduan dikenali sebagai Teck, 52, malah tarikh bermakna itu akan diingatinya sampai bila-bila susulan mendapat pembebasan dua bulan lebih awal. Lelaki yang sepatutnya menjalani hukuman penjara 10 tahun itu merupakan satu-satunya banduan di Negeri Sembilan yang dibebaskan awal susulan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan ke-67 pada Sabtu. Teck yang kelihatan ceria juga merasa terharu dan gembira dengan pengampunan yang diterima itu sehingga tidak dapat tidur lena malam tadi berikutan terlalu teruja. Perkara pertama yang ingin dilakukan selepas dibebaskan adalah untuk menghabiskan masa bermain dengan tiga anaknya di rumah berikutan hampir 10 tahun tidak dapat berbuat demikian. Sebelum ini banyak jenayah yang dia lakukan seperti merompak dan menyamun dan merasa sangat menyesal apabila mengenang kembali kerana ia adalah perbuatan yang salah dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu. Dia turut menasihatkan kepada semua supaya jangan sesekali terlibat dengan kegiatan jenayah kerana ia bagai mimpi ngeri sekiranya  dimasukkan ke penjara.

Menurut Timbalan Pengarah Penjara Seremban, Muhammad Naim Amir, Teck yang menjalani hukuman di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin bertuah kerana namanya terpilih setelah mendapat perkenan Perintah Pembebasan Awal pada 22 Disember tahun lepas. Teck yang dijatuhi hukuman atas pelbagai kesalahan itu berjaya mendapat pengampunan setelah empat tahun menunggu namanya diusulkan kepada Lembaga Pengampunan dan hari ini ialah tarikh pelaksanaan pembebasan awalnya.Dia diberikan pembebasan dua bulan awal daripada tempoh sebenar setelah menjalani hukuman hampir 10 tahun di Penjara Bentong dan Penjara Sungai Buluh sebelum ditukarkan ke PRP Mantin.

Sumber : Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …