TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA !

KUALA LUMPUR, 16 SEPTEMBER 2020YBhg. Datuk Rodzi bin Md Saad, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara telah menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada anggota masyarakat di atas semangat perpaduan dan kesejahteraan yang telah dipamerkan terutamanya semasa negara berdepan dengan pandemik COVID-19.

Beliau turut menyeru agar anak-anak kecil yang bakal menerajui negara suatu hari nanti, dibantu untuk memahami erti Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. “Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam menyemai rasa sayangkan negara kepada anak-anak” katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2020 bertempat di PPR Taman Wahyu II, Kuala Lumpur.

Tambah beliau, semangat dan toleransi yang tinggi mampu mengukuhkan perpaduan negara sekaligus meningkatkan tahap keselamatan negara, mengembangkan ekonomi negara dan hasil pulangannya kembali kepada rakyat dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan face shields oleh Majlis Keselamatan Negara kepada YBrs. Tuan Haji Wan Ismail bin Wan Puteh, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Taman Wahyu II, untuk diagihkan kepada komuniti setempat. Ianya merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk menerapkan pembudayaan norma baharu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara program yang dianjurkan pada hari tersebut ialah Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Senamrobik, Larian 10,000 Langkah dan gerai pameran oleh beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Kepong, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. YBhg. Datuk Rodzi turut melaksanakan pelepasan Konvoi 10,000 Langkah iaitu salah satu acara utama yang dilaksanakan pada hari tersebut.

#MalaysiaPrihatin
#BersatuTeguhBerceraiRoboh
#SayangiMalaysiaku
#Kitajagakita

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut