PAHANG MOHON RM7 JUTA NAIK TARAF STADIUM DARUL MAKMUR

KUANTAN: Kerajaan Pahang melalui Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) memohon peruntukan RM7 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menaik taraf Stadium Darul Makmur yang berusia 51 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata peruntukan itu bagi menaik taraf lampu limpah, bumbung dan tempat duduk penonton.

“Bukan sahaja lampu limpah dinaik taraf, malah ia turut membabitkan pendawaian, bumbung stadium yang mengalami kebocoran serta kerusi tempat duduk untuk keselesaan penonton.

“Kami harap permohonan RM7 juta ini dipertimbangkan kerajaan melalui KBS untuk memastikan Stadium Darul Makmur memiliki kemudahan terbaik,” katanya.

Semalam, Fadzli mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Putrajaya bagi membincangkan permohonan peruntukan kerja menaik taraf stadium.

Stadium Darul Makmur siap dan dibuka secara rasmi pada tahun 1973 dan mempunyai kapasiti 40,000.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …