BALAI BOMBA HIBRID PERTAMA DIBINA DI PULAU TIOMAN

KUANTAN: Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) hibrid yang membolehkan anggotanya beroperasi di darat dan laut akan dibina berdekatan Taman Laut Pulau Tioman, sekali gus menjadikannya ia sebagai yang pertama di negara ini menggunakan konsep berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Dr Wan Mohamad Zaidi Wan Isa berkata konsep berkenaan diterima pakai kerana kekangan dihadapi bomba ketika berdepan kes kecemasan di kawasan tidak mempunyai akses laluan darat di pulau itu.

“Contohnya di Kampung Genting, Kampung Sanglang dan Kampung Paya di Pulau Tioman, semuanya menggunakan jalan laut manakala jentera bomba hanya boleh digunakan di Kampung Tekek.

“Justeru, kita memerlukan bot istimewa yang diparkir berdekatan BBP Pulau Tioman dan apabila ada panggilan kecemasan anggota boleh terus menuju ke lokasi kejadian,” katanya selepas Majlis Penyerahan Geran Pasukan Bomba Sukarela (PBS) JBPM Pahang Tahun 2024 di sini hari ini.

Wan Mohamad Zaidi berkata pembinaan balai bomba bernilai RM8 juta itu dijangka menempatkan kira-kira 30 staf dengan tiga syif penugasan.

“Selain BBP Pulau Tioman, bomba turut mendapat peruntukan bagi membina BBP Benta di Lipis bernilai RM4 juta. Kedua-duanya akan mula dibina sebaik sahaja selesai isu perolehan tanah dengan pihak kerajaan negeri.

“Sebanyak RM5 juta turut diperuntukkan kerajaan untuk menaik taraf BBP Bentong dan kita juga merancang untuk membina sebuah lagi balai bomba di Penor sebagaimana titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas baginda menziarahi mangsa kebakaran di Kempadang baru-baru ini,” katanya.

Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah bertitah supaya sebuah balai bomba diwujudkan di kawasan Tanjung Lumpur bagi mempercepatkan bantuan sampai sekiranya berlaku kecemasan di kawasan itu dan sekitarnya berbanding menggunakan khidmat bomba daripada BBP Kuantan dan BBP Taman Tas.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …