INISIATIF DEPOSIT MADANI AKAN BANTU RAMAI RAKYAT MALAYSIA MILIKI RUMAH

Deposit MADANI yang dicadangkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah, menurut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).

Cadangan itu menyamai dengan pendekatan yang dicadangkan oleh Rehda, iaitu deposit 10 peratus untuk membeli rumah telah menjadi halangan utama kepada individu yang tidak mempunyai simpanan yang besar, terutamanya golongan muda yang baru memulakan kerjaya mereka.

Inisiatif Deposit MADANI menyasarkan untuk menyediakan deposit sehingga RM30,000 kepada pembeli rumah pertama, selaras dengan dasar kerajaan ‘Rumahku, Syurgaku’.

Selain itu, KPKT juga bercadang untuk memperkenalkan satu lagi inisiatif bagi membantu mengurangkan kebimbangan kewangan pembeli rumah selain daripada bayaran bulanan kepada bank.

Skim itu yang menyerupai Skim Tanggungan Faedah Pemaju (DIBS) yang terdahulu tetapi dengan peraturan yang lebih ketat, akan membolehkan pembeli mengekalkan lebih banyak simpanan kewangan.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …