SK ZAINAB 1 WAKILI MALAYSIA KE KEJOHANAN ROBOT OLIMPIAD DI ITALI

Sekolah Kebangsaan Zainab 1 terpilih untuk mewakili Malaysia ke Kejohanan World Robot Olympiad Terbuka (WRO) yang akan berlangsung di Brescia, Itali pada 25 hingga 28 September 2024.

Kejuaraan akhir peringkat antarabangsa dianjurkan oleh negara yang berbeza pada setiap tahun.

Lebih daripada 400 pasukan menyertai pertandingan ini dan lebih daripada 2,500 orang akan menghadiri acara tersebut.

Tiga pelajar tahun enam  SK Zainab 1 iaitu Nur Aunisofea Mohd Zalaruddin, Wan Aufa Ayuni Wan Akmal dan Nur Aisya Eryna Mohd Hafizal terpilih dan mengharumkan nama Kelantan dan Malaysia.

Semoga pasukan ini berjaya memperoleh kemenangan sekali gus menaikkan nama negeri Kelantan pada kejohanan peringkat dunia nanti!

 

SK Zainab 1 boleh!

 

Sumber: UPKN Kelantan

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …