SEKOLAH DI TERENGGANU MULAKAN SESI PEMBELAJARAN DENGAN BACA AL-QURAN & TERJEMAHAN

Sekolah rendah dan menengah di negeri Terengganu akan memulakan sesi pembelajaran dengan bacaan al-Quran dan terjemahan selama 15 minit setiap hari.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong, bacaan dan terjemahan al-Quran akan diketuai oleh pelajar dengan bimbingan dua guru bagi setiap kelas.

Selain itu, bacaan dan terjemahan satu muka surat setiap hari itu akan direkodkan dalam rekod pencapaian al-Quran. Program al-Quran Di Hati di semua sekolah rendah dan menengah akan dilaksanakan setiap hari selama 15 minit bermula jam 7.30 pagi hingga jam 7.45 pagi.

Program ini melibatkan 352 sekolah rendah dan 154 sekolah menengah yang diadakan bukan sahaja untuk melahirkan generasi yang celik al-Quran tetapi dapat melahirkan generasi soleh, pintar, rabbani dan murabbi.

Tambahan lagi, Program Al-Quran Di Hati antara agenda Peneraju Transformasi Pendidikan (PTP) JPNT bagi melahirkan murid dan pelajar membudayakan al-Quran. Seterusnya, fokus celik al-Quran perlu seiring dengan akademik, silat bestari, sahsiah terpuji, kemenjadian kokurikulum dan keberkesanan kepimpinan.

 

Sumber: Harian Metro/TRDI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …