KERAJAAN NEGERI PAHANG NAFI TANAH RIZAB MELAYU SEMAKIN BERKURANGAN

KUANTAN, 24 OGOS 2024 : Kerajaan Negeri Pahang menafikan sekerasnya dakwaan bahawa Tanah Rizab Melayu di negeri Pahang semakin berkurangan seperti mana hantaran di laman media sosial Tik Tok.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, dakwaan tersebut merupakan satu fitnah dan permainan persepsi negatif untuk memburukkan Kerajaan Negeri.

“Saya ingin memberi penjelasan mengenai satu hantaran di laman TikTok yang mendakwa kawasan Tanah Rizab Melayu di negeri Pahang semakin berkurangan.

“Saya ingin menegaskan bahawa kawasan Tanah Rizab Melayu di negeri Pahang sejak tahun 1955 sehingga 2023 semakin bertambah daripada 218,326 hektar kepada 444,074 hektar berbanding keluasan negeri Pahang iaitu 3,597,206.68 hektar, iaitu pertambahan daripada 6 peratus kepada 12.34 peratus.

“Oleh yang demikian, saya menafikan sekeras-kerasnya hantaran tersebut dan ia merupakan satu fitnah dan permainan persepsi negatif untuk memburukkan Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri Pahang sentiada memastikan Tanah Rizab Melayu terus dipertahankan melalui pelaksanaan penguatkuasaan.

“Ini kerana, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan Tanah Rizab Melayu terus dipertahankan dan Kerajaan Negeri juga akan terus melaksanakan penguatkuasaan bagi menghalang sebarang aktiviti pencerobohan tanah secara haram di atas tanah kerajaan,” katanya.

Beliau turut berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dan menyemak kesahihan terlebih dahulu dengan pihak berwajib.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …