PETRA serah tiga projek siap kepada Kerajaan Negeri Terengganu

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini menyerahkan tiga projek siap kepada Kerajaan Negeri Terengganu bernilai RM141.27 juta. Timbalan Menteri berkenaan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata projek terlibat iaitu Projek Tebatan Banjir Guntung Luar, Setiu dan Gong Kiat, Kuala Terengganu serta Projek Pemuliharaan Muara Sungai Paka di sini dilaksanakan PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam satu Majlis Penyerahan Projek Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang diwakili Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri Mohd Zawawi Ismail
Projek ini menandakan keyakinan atau kemampuan kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan projek yang memberi manfaat kepada orang awam. PETRA dapati selepas projek tebatan banjir siap pada 2022, masalah banjir di kawasan terbabit berjaya diatasi sekali gus memberi keselesaan dan perlindungan kepada hampir 3,500 penduduk setempat serta aktiviti ekonomi dan sosial penduduk tidak lagi terjejas.
Projek pemuliharaan muara Sungai Paka yang siap dibina pada tahun lepas pula katanya, bukan sahaja menyelesaikan masalah 1,000 penduduk kawasan perkampungan di tebing muara sungai berkenaan yang berdepan masalah hakisan dan banjir pantai, malah turut melindungi sekurang-kurangnya 110 bot nelayan akibat muara cetek serta pukulan ombak.
PETRA kini juga mempunyai 23 projek yang sedang berjalan di Terengganu di bawah JPS dengan kos keseluruhan RM2.4 bilion dan ia memerlukan kerjasama erat kerajaan negeri. Ia merangkumi 18 projek sambungan dan lima projek baharu melibatkan skop berkaitan tebatan banjir, pemuliharaan hakisan pantai dan tebing sungai serta sistem saliran.
Satu daripadanya ialah infrastruktur Sabo (Empangan Sabo) di Hulu Terengganu. Walaupun kawasan hulu ini tiada pantai, namun pernah berlaku banjir di sana termasuk ancaman banjir puing masih ada. Maka, sebab itu kementerian telah luluskan untuk tahun ini yang kini berada pada peringkat prapelaksanaan dengan kos keseluruhan kita jangka mencecah RM30 juta. Kerja fizikal berkemungkinan bermula tahun depan.
-Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut