HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI PERDANA MENTERI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pada hari ini (21 Ogos) dalam tahun 1959, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Pemimpin Kebangsaan Perikatan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu di Istana Negara, Kuala Lumpur. Pelantikan ini dibuat selepas Parti Perikatan menang 72 daripada 104 kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum 1959 yang berlangsung pada 19 Ogos 1959.

YTM Tunku Abdul Rahman mengangkat sumpah bagi menggantikan YAB Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein yang meletakkan jawatan pada pagi sebelum upacara mengangkat sumpah. YAB Dato’ Abdul Razak sebelum ini menggalas jawatan tersebut bermula 16 April 1959 selepas YTM Tunku Abdul Rahman mengundurkan diri bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 1959.

Dalam pilihan raya ini Parti Islam Se-Malaya (PAS) memperoleh 13 kerusi, Front Sosialis – 8 kerusi, Parti Progresif Rakyat (PPR) – 4 kerusi, Parti Negara pimpinan Dato’ Onn bin Dato’ Jaafar memperoleh 1 kerusi, Malayan Parti – 1 kerusi dan calon bebas mendapat 3 kerusi.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

 

Matriks Keselamatan Negara: Sistem Persekutuan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …