Seorang anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cedera selepas bergelut dengan dua suspek kes aktiviti ketirisan subsidi gas petroleum cecair (LPG) ketika serbuan Op Tiris 3.0 di Lukut di sini pada Jumaat. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, kedua-dua suspek dipercayai lelaki tempatan yang bekerja di premis itu bagaimanapun, meloloskan diri dalam operasi yang dijalankan pada awal pagi tadi. Pihaknya akan melihat aspek-aspek lain untuk mengetahui pemilik sebenar premis ini dan akan berusaha memastikan bukan hanya menyita barang-barang, tetapi juga dapat membuat pendakwaan kepada mereka yang terlibat. Beliau turut melihat kecederaan kecil yang dialami anggota berkenaan termasuk pada bahagian leher ketika berada di premis tanpa nama itu.
Sumber: Sinar Harian



