Semua rakyat Malaysia terutamanya rakyat Kelantan dan anak Kelantan di perantauan dijemput untuk memeriahkan program Kelantan Showcase 2024 “Klate Ngosek 2.0”.
Program akan diadakan di Medan MARA, Kuala Lumpur pada 27 hingga 30 Ogos 2024.
Program anjuran Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan (TIC) dengan Kerjasama MARA itu bakal menawarkan pelbagai produk barangan Kelantan serta pakej pelancongan ke Kelantan.
Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan negeri Kelantan sepanjang acara berlangsung.
Sumber: UPKN Kelantan