ANGGOTA BOMBA JADI MANGSA CURI KETIKA BANTU MANGSA KEMALANGAN

KOTA KINABALU: Seorang anggota bomba kehilangan beg mengandungi barangan berharga termasuk dokumen pengenalan diri dan wang ketika membantu mangsa kemalangan maut di pekan Manggatal, di sini, malam tadi.

Beg anggota terbabit yang ditinggalkan dalam van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu ketika memberi bantuan kecemasan kepada mangsa kemalangan dipercayai dicuri individu tidak bertanggungjawab yang berada di lokasi kejadian.

Kehilangan itu hanya disedari ketika mangsa
kembali semula ke EMRS sebaik selesai memberi bantuan kepada mangsa kemalangan.

Pegawai Operasi BBP Kota Kinabalu, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hanis Mokthar berkata, ketika kejadian pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kemalangan di Pekan Manggatal jam 10.30 malam.

Katanya, bantuan EMRS diperlukan untuk tindakan awal membantu mangsa yang cedera akibat kemalangan membabitkan dua motosikal di Manggatal.

“Sebaik tiba di lokasi, seramai empat anggota EMRS bergegas membantu mangsa iaitu seorang cedera manakala seorang lagi meninggal dunia.

“Sebaik tugasan selesai, anggota bomba kemudian bergerak semula ke van EMRS untuk pulang ke BBP Kota Kinabalu.

“Salah seorang anggota menyedari beg disimpan di bahagian kerusi berisi dokumen penting termasuk pengenalan diri, wang tunai, kunci kereta dan rumah hilang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Susulan itu, katanya anggota bomba terbabit membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, pagi tadi.

“Tidak sangka pula, anggota EMRS hadir kes kemalangan jalan raya, ada pula individu tergamak mencuri beg duit mereka.

“Laporan polis sudah dibuat oleh anggota bomba terbabit dan berharap kejadian sebegini tidak berlaku kepada anggota yang memberi bantuan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut