PKPD : SELANGOR MANSION DAN MALAYAN MANSION

Terletak hanya 500 meter dari Menara City One, Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas 15 kes positif Covid-19 dikesan bermula pada 7 April 2020.

PKPD ini telah melibat hampir 2500 orang penghuni (365-unit kediaman dan premis perniagaan) Hampir 97% daripada penghuni di kawasan ini adalah warga asing yang bekerja di sekitar kawasan Jalan Masjid India. Persiapan PKPD adalah sama seperti di PKPD Menara City One. Malah usaha-usaha memberi hebahan kepada penduduk disini telah dipertingkatkan. Jabatan Penerangan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah membuat hebahan mengguna bahasa asing seperti Myanmar, Rohingya, dan Bangladesh. Hal ini adalah untuk memastikan semua penduduk mematuhi arahan-arahan yang diberikan.

Semua penduduk yang terlibat telah menjalani 2 kali saringan. Seramai 192 orang yang positif Covid-19 telah dimasukkan ke hospital Sg. Buloh dan kontak rapat dipindahkan ke pusat kuarantin yang telah digazetkan. Walaupun mereka bukan warga negara sama ada yang mempunyai dokumen sah atau tidak, layanan rawatan yang diberikan oleh Kerajaan adalah sama seperti rakyat tempatan. Keselamatan  nyawa dan kesihatan adalah keutamaan Kerajaan.

Sama seperti PKPD Menara City One, terdapat kesukaran untuk mengumpul maklumat penghuni kerana kebanyakan mereka adalah penyewa yang sering berpindah randah, tiada dokumen sah, rumah-rumah yang telah diubah suai, dan sebagainya. Bantuan makan dan kebajikan telah diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Badan-badan bukan Kerajaan (NGO), syarikat swasta dan individu telah menyumbang makanan bermasak tiga kali sehari kepada penghuni yang terjejas sehingga tamat PKPD.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, APM, RELA, ATM, JKM, JAWI, penyumbang-penyumbang bantuan dan kebajikan yang sama-sama membantu samada secara langsung atau tidak langsung di  PKPD Selangor Mansion dan Malayan Mansion.

ANDA SEMUA ADALAH WIRA NEGARA

Gambar : Ihsan daripada FB Polis Kuala Lumpur

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut