KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas pitam semasa menjalankan aktiviti mendaki Bukit Padang di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pasukan bomba melaksanakan tindakan pantas ke lokasi bagi membantu mangsa sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 pagi.
“Mangsa wanita berumur 62 tahun itu didapati pitam ketika melakukan aktiviti mendaki di bukit dan pasukan bomba yang tiba di lokasi bertindak menurunkan mangsa dengan menggunakan Stretcher.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 8.03 pagi.
PANTAU: Pasukan bomba menjalankan pemantauan di sekitar Kampung Pemuntarian Nabawan.
KENINGAU: Banjir yang melanda Kampung Pemuntarian Nabawan di sini menyebabkan seorang pelajar perempuan tidak dapat ke sekolah.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Peyelamat (BBP) Nabawan kemudian menjalankan operasi menghantar pelajar Tingkatan Enam itu ke sekolah.
“Pasukan bomba membantu menghantar pelajar itu ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabawan menggunakan pacuan empat roda milik JBPM,” katanya.
Menurutnya, pihak BBP Nabawan kini juga giat menjalankan pemantauan di sekitar kawasan terjejas banjir di sini menggunakan kenderaan pacuan empat roda serta bot milik Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Katanya, ia susulan keadaan paras banjir yang semakin naik dan belum reda di kawasan perkampungan terbabit.
#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024
Sumber: Utusan Borneo Online