PELESENAN MEDIA SOSIAL: LANGKAH TEGAS TANGANI BULI SIBER DAN ANCAMAN SUBVERSIF

Langkah kerajaan mewajibkan semua perkhidmatan media sosial memohon lesen dilihat sebagai usaha strategik yang mampu mengawal salah laku seperti buli siber dan ancaman subversif di platform itu.

Inisiatif itu bukan sahaja mengukuhkan peraturan berhubung media sosial, tetapi juga memastikan pelaksanaan undang-undang yang lebih berkesan.

Pelesenan akan memudahkan pengawalan dan kerjasama di antara kerajaan dengan platform media sosial sekiranya berlaku salah laku.

Ini penting kerana kita memerlukan banyak lagi ruang yang boleh digunakan untuk memastikan keselamatan di platform tersebut, terutamanya dalam membanteras isu buli siber, ancaman subversif dan seumpamanya.

Selain itu, ia juga akan membuka laluan untuk kerjasama lebih rapat antara kerajaan dan pengendali platform dalam membangunkan indikator atau sistem amaran awal kepada pengguna.

Ini penting untuk mengenal pasti dan menghalang penyebaran algoritma berunsur radikal dan ekstrem, yang berpotensi mencetuskan kekacauan melalui penyebaran maklumat palsu atau tidak benar.

Satu elemen gerak saraf yang memastikan algoritma-algoritma positif ini perlu dibangunkan secara bersama antara kerajaan dan platform media sosial supaya kandungan yang disebarkan lebih positif dan berfokus kepada nilai kemanusiaan dan perpaduan.

 

Sumber: Bernama

 

Artikel/Berita Terkini

Pagi Lebih Tenang, Perjalanan Lebih Selamat: Adakah Konsep Slow Morning Praktikal?

Konsep “slow morning” semakin popular sebagai satu pendekatan untuk memulakan hari dengan lebih tenang dan teratur. Rutin ini lazimnya melibatkan …

Keselamatan Ergonomik di Tempat Kerja: Mencegah Sakit Leher dan Belakang

Keselamatan di tempat kerja bukan sahaja berkaitan dengan pencegahan kemalangan tetapi juga merangkumi penjagaan kesihatan fizikal pekerja. Salah satu masalah …

Adakah Dron sebagai Satu Ancaman?

Penggunaan dron semakin berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dan kini dimanfaatkan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, pemantauan, fotografi, penghantaran barangan …