#SANTAISELASA: WAT UTHISSAK THAMMO JADI TARIKAN PELANCONG, LOKASI PENGGAMBARAN PENGANTIN

Selain menjadi tarikan penganut Buddha, Wat Uthissak Thammo Wararam iaitu wat Buddha tunggal di Gua Musang turut menarik tumpuan pelancong dalam dan luar negara terutama ketika musim perayaan.

Wat Buddha pertama di Malaysia dengan sembilan ‘chedi’ atau stupa Buddha di atas bumbungnya itu, menampilkan seni reka arkitek sama seperti di Thailand telah berusia lebih 35 tahun yang dibina di tapak seluas lima ekar.

Wat itu turut dihiasi arca naga emas di sisi anak tangga selain mempunyai kemudahan dewan orang ramai dan ruangan Dewan Pentahbisan atau ‘ubosot’.

Keunikan seni bina wat berkenaan bukan sahaja menjadi tarikan pelancong, malah menjadi lokasi penduduk setempat yang sering merakamkan gambar perkahwinan bertemakan ala Thailand.

Wat yang diasaskan bekas sami tersohor di Wat Machimmaran, Tumpat, Phor Than Tit pada 1989, sering menganjurkan sambutan perayaan Tod Pha-Pa atau Thod Kathin serta sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Wesak setiap tahun.

Wat berkenaan turut membuka peluang kepada penganut Buddha dari seluruh negara untuk menjadi sami yang menekankan etika, amalan spiritual, meditasi, dan ajaran Buddha.

Mengimbau sejarah wat itu, Phor berkata yang menariknya mengenai wat berkenaan ialah ia menjadi ‘saksi’ kepada perpaduan kaum dan agama ketika dilanda Bah Kuning 2014.
Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …