SUDAH ADA BUKU PANDUAN PASANG JALUR GEMILANG

Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) mahu masyarakat mengguna pakai buku panduan kaedah pemasangan Jalur Gemilang bagi mengelakkan kesalahan seperti yang berlaku sebelum ini.

Buku bertajuk Bendera Kita Jalur Gemilang itu turut memberi kefahaman mengenai perkara penting menjaga bendera negara.

Malah di peringkat Jabatan Penerangan negeri juga sudah diuar-uarkan cara memasang bendera dengan betul melalui semua platform media sosial.

Ia bertujuan untuk bersama-sama menguar-uarkan kepada seluruh masyarakat bagi memastikan bendera yang digantung itu mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

 

Sumber: Sinar Harian, Jabatan Penerangan, Bernama

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …