HUTANG BERKURANG BERI PENARAFAN LEBIH BAIK KEPADA NEGARA

Jangkaan hutang negara akan menurun mulai 2027 apabila jumlah hutang terdahulu yang matang semakin berkurang memberi impak positif kepada penarafan atau penilaian terhadap Malaysia.

Penambahan kekuatan kredit negara itu juga turut memberi kesan kepada kadar penukaran mata wang.

Faedah lain yang turut diperoleh negara dalam bentuk yang tidak langsung ialah nilai import yang lebih kecil kerana kadar penukaran mata wang yang semakin baik itu.

Keadaan itu juga turut memberi tarikan kepada pelabur antarabangsa untuk datang melabur di negara ini.

Is susulan laporan yang menyatakan hutang negara dijangka menurun mulai 2027 apabila jumlah hutang terdahulu yang matang mula berkurang.

Hutang baharu tahunan telah berjaya diturunkan sebanyak RM14 bilion kepada RM86 bilion bagi 2024 berbanding RM100 bilion pada 2022 dalam tempoh dua tahun Kerajaan Madani mentadbir.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …