WANITA WARGA ASING JADI ‘TOKAN’ DITAHAN DI KALABAKAN

TAWAU: Kegiatan seorang wanita warga asing mengedar dadah memakan diri selepas diberkas polis di kawasan perumahan pekerja sebuah ladang di Kalabakan, di sini, Selasa lalu.

Suspek berusia lingkungan 40-an ditahan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Kalabakan dengan dibantu bahagian penguatkuasaan ladang berkenaan kira-kira jam 7.40 malam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, pasukan serbuan menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah pekerja ladang berkenaan dan menahan seorang wanita dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika serbuan, wanita itu berada di ruang tamu rumah dan hasil pemeriksaan suspek menyerahkan satu tin kepada pasukan serbuan.

“Pemeriksaan lanjut di dalam bekas tin itu menemui 15 peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dadah jenis syabu yang dirampas polis selepas menahan wanita disyaki tokan dadah di Kalabakan, Tawau. – Foto/PDRM

Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap dua beg tangan milik suspek mendapati beberapa jumlah wang wang tunai yang dipercayai hasil kegiatan menjual dadah syabu.

“Suspek kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tambahnya, Polis Tawau sedang mempergiatkan usaha dalam membanteras kegiatan jenayah dan dadah dari semasa ke semasa dengan operasi yang lebih agresif di kawasan berkenaan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

Sumber: INFO X

 

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut