NAIK TARAF TANDAS KKIA DENGAN KOS RM2.5 JUTA SIAP PERTENGAHAN SEPTEMBER

KOTA KINABALU: Kerja menaik taraf kemudahan tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang sedang dilaksanakan ketika ini dijadual siap pada pertengahan September depan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew, berkata projek fasa satu itu membabitkan lima tandas sedia ada dengan kos sebanyak RM2.5 juta.

“Bagi projek fasa dua, sebanyak 21 lagi tandas sedia ada di KKIA akan ditambah baik dan kerja menaik taraf dijangka dimulakan pada Oktober depan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu menyusul selepas taklimat mengenai status semasa pergerakan penumpang dan fasiliti di KKIA oleh Pengurus Kanan Lapangan Terbang (KKIA) Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB), Jefry Ramli ketika mesyuarat pasca Kabinet, semalam.

Sementara itu, Christina berkata KKIA merekodkan seramai 4.57 juta penumpang bagi tempoh 1 Januari hingga 5 Ogos 2024.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan pemulihan 82 peratus berbanding 5.57 juta penumpang dalam tempoh yang sama pada 2019.

Katanya, penumpang domestik merekodkan pemulihan 92 peratus, manakala segmen antarabangsa pulih pada kadar 63 peratus.

Dalam hal lain, Christina berkata persiapan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang diadakan di sini pada 16 September depan akan dihoskan kementeriannya bersama Kementeroan Komunikasi.

Christina berkata, beliau dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil akan mempengerusikan bersama mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Utama Sambutan bagi memuktamadkan perkara berkaitan persiapan sambutan itu pada minggu depan

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

Sumber: INFO X

 

Artikel/Berita Terkini

DAH ADA TuJu? JOM TuJu!

Sebelum gerak, semak dulu! Rancang perjalanan dan pantau trafik lebuh raya di hujung jari anda. TuJu menyediakan navigasi perjalanan serta …

DARIPADA MINAT MENJADI RINGGIT

Pada era digital yang serba moden ini, hobi tidak lagi sekadar mengisi masa lapang. Slogan “Daripada Minat Menjadi Ringgit” kini …

SUKAN DINIKMATI, KECEDERAAN DIHINDARI

Sukan dan aktiviti fizikal merupakan komponen penting dalam rutin harian untuk melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, dan produktif. Amalan bersukan …