Garis panduan tatalaku bagi platform media sosial versi pertama akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan tahun depan.
Justeru, satu sesi libat urus akan mula diadakan dalam masa terdekat dengan semua pemegang taruh platform media sosial bagi merangka garis panduan tatalaku itu.
Ia bagi memperinci keperluan etika dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.
Hasil dapatan daripada sesi libat urus ini akan diambil kira dan kita dapat rangka garis panduan tatalaku.
Garis panduan itu perlu jelas kepada pihak platform media sosial dan jika melanggarnya, mereka akan didenda.
Sebelum ini, jika didapati bersalah penyedia perkhidmatan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara bagi tempoh lima tahun atau kedua-duanya.
Sumber: Bernama



