MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2024 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Jabatan Penerangan Negeri Terengganu dengan kerjasama beberapa Jabatan/ Agensi telah menganjurkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Terengganu pada 8 Ogos 2024 bertempat di perkarangan Wisma Persekutuan.

Majlis dimulakan dengan senamrobik yang di ketuai oleh instruktor dari JKNT dan diteruskan dengan sesi kuiz kahoot bertemakan ‘kenegaraan’ yang dikendalikan oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu. Sebanyak 10 hadiah menarik disediakan kepada pemenang kuiz tersebut mengikut ranking markah masing-masing.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YDH DCP Dato’ Mohd Khairi bin Khairudin, Ketua Polis Negeri Terengganu. Majlis diserikan dengan deklarasi sajak oleh wakil dari KEMAS, perarakan masuk kenderaan Konvoi Jalur Gemilang dan persembahan T-Baton PDRM Kontinjen Terengganu.

Melengkapkan lagi program adalah pameran daripada pelbagai Jabatan/ Agensi termasuk ATM 10 Para, Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan tidak dilupakan, khemah yang paling mendapat sambutan hangat daripada para hadiran iaitu khemah Jualan Rahmah anjuran KPDN Negeri Terengganu.

 

 

Salam  Bulan Kebangsaaan dan jangan lupa kibarkan jalur kebanggan kita Jalur Gemilang!

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …