DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah bin Hj Ahmad menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, YBrs. Tuan Asaβari bin Zainudin bersama Penolong Pengarah Tentera, Mejar Shahrul Azuwan bin Mohd Fuad di Pejabat Ketua Polis Pulau Pinang.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara agensi-agensi keselamatan bagi memastikan keselamatan negeri Pulau Pinang terus terpelihara. Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah Ketua Cawangan Khas, SAC Datoβ Winston Tan Thye Wah.
Sumber : PDRM Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/PolisPulauPinang



