PM CADANG WUJUD ZON EKONOMI KHAS MALAYSIA-THAILAND BABIT SEKTOR SWASTA, SYARIKAT PEMULA

Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya diwujudkan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Malaysia-Thailand dengan pembabitan sektor swasta dan syarikat pemula.

Cadangan itu disampaikan Perdana Menteri ketika menerima kunjungan hormat Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa di pejabatnya pada 6 Ogos 2024.

Selain sektor getah dan makanan, turut dicadangkan penubuhan SEZ termasuk penglibatan sektor swasta dan syarikat pemula yang boleh menarik lebih banyak pelaburan ke dalam SEZ.

Perdana Menteri juga mencadangkan supaya Kelantan mengambil peluang membina ruang perniagaan di sepanjang sungai Sungai Golok.

Ia susulan lawatan kerja Perdana Menteri bersama Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin ke Sungai Golok, Thailand dan Rantau Panjang, Kelantan, minggu lalu.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …