KALA FEST PERLU ANJUR SETIAP TAHUN, BUAT LUAR DARI KELANTAN

Program Kelantan Authentic Lifestyle and Art Festival (KALA Fest) perlu terus menonjolkan nilai-nilai keistimewaan budaya Kelantan kepada semua masyarakat di seluruh negara.

Acara yang berlangsung selama enam hari bermula 30 Julai itu, diyakini dapat menarik lebih ramai minat masyarakat sekiranya dianjurkan setiap tahun dan dibuat luar daripada negeri berkenaan.

KALA Fest 2024 merupakan penganjuran tahun keenam di mana tahun ini berkonsepkan makanan, keluarga dan festival selari dengan tema Tahun Melawat Kelantan 2024.

PKINK menerusi anjuran KALA Fest ini, turut menampilkan 19 reruai mewakili pengusaha-pengusaha produk tempatan bermula dari makanan, produk IKS dan kraf tangan.

Usaha-usaha murni di bawah jenama KALA ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada usaha memajukan usahawan KALA dan Kelantan agar terus berusaha memajukan diri bagi mencapai status usahawan berjaya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …