JAS SIASAT TUMPAHAN MINYAK DI PORT DICKSON

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan menyiasat kejadian tumpahan minyak di Chuah, Mukim Jimah, Port Dickson. Menurut Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, sampel minyak tersebut telah pun diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui punca kejadian.

Pada 4 Ogos (Ahad), JAS telah membuat siasatan di Lot 3656, Mukim Jimah tanah di Chuah sehingga pintu kawalan pasang surut saliran Chuah, Gate B setelah menerima aduan melalui e-Aduan terdapatnya pencemaran. Pengadu menyatakan bahawa ada tumpahan minyak yang mengalir dari saliran rancangan Chuah ke pintu kawalan pasang surut Chuah apabila mendapati aliran tersebut berwarna hitam pekat dan gelap. Menurutnya, siasatan lanjut akan dilakukan JAS dan pemantauan secara mingguan di lokasi kejadian termasuk menggunakan dron. Perincian mengenai bahan yang disyaki tercemar juga akan diketahui setelah mendapat keputusan dari Jabatan Kimia Malaysia.

JAS juga memaklumkan bahawa notis arahan bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dikeluarkan terhadap pemilik tanah setelah mendapat maklumat dari Pejabat Tanah Port Dickson. Beliau juga menegaskan bahawa pengurusan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama serta ketidakcekapan mengurus akan memberi kesan yang cukup negatif kepada semua. Pihak yang terlibat dengan insiden terbabit akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …