DATUK SERI WAN ROSDY WAN ISMAIL MULA BERTUGAS DI PUSAT PENTADBIRAN BAHARU KERAJAAN PAHANG PPSAS

KUANTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, mula bertugas secara rasmi di pusat pentadbiran baharu Kerajaan Pahang, Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), KotaSAS, di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata, PPSAS menggantikan Wisma Sri Pahang yang sudah mencecah usia 50 tahun di pusat bandar raya Kuantan.

“Hari ini, saya telah memulakan tugas di PPSAS, KotaSAS, Kuantan.

“PPSAS merupakan pusat pentadbiran baharu Kerajaan Pahang bagi menggantikan Wisma Sri Pahang yang telah menjangkau usia 50 tahun.

“Semoga Allah SWT mengurniakan rahmat serta keberkatan agar Pahang terus aman, makmur dan sejahtera,” katanya dalam hantaran melalui Facebook, hari ini.

PPSAS dirasmikan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ketika itu adalah Yang di-Pertuan Agong pada 7 Disember tahun lalu.

Pembinaan pusat pentadbiran yang terbahagi kepada empat blok utama itu membabitkan kos RM415.52 juta dengan reka bentuk diilhamkan daripada Jata Pahang.

PPSAS turut menerapkan ciri bangunan pintar yang menekankan aspek keselamatan seperti sistem pengecaman wajah, menggunakan aplikasi teknologi hijau dan menekankan pemeliharaan alam sekitar.

Al-Sultan Abdullah ketika merasmikan PPSAS bertitah, bangunan pentadbiran baharu Kerajaan Pahang itu diharap mampu menjadi bangunan ikonik.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …