MALAYSIA, THAILAND SETUJU PERCEPAT PEMBINAAN JAMBATAN KEDUA SUNGAI GOLOK-RANTAU PANJANG

  • Ia diputuskan semasa pertemuan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatan beliau dari Thailand Srettha Thavisin.
  • Kedua-duanya mengadakan lawatan kerja di Kompleks CIQ (Kastam, Imigresen, Kuarantin) Sungai Golok di Narathiwat pada 3 Ogos 2024.
  • Malaysia-Thailand juga memutuskan untuk mempercepatkan pembangunan dan pembersihan muara Sungai Golok, yang akan membantu rakyat Selatan Thailand dan di Kelantan daripada masalah banjir.
  • Pembinaan jambatan kedua itu akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi kedua-dua negara.
  • Antara perbincangan lain termasuk mengenai zon ekonomi khas yang akan diusahakan bersama untuk membangunkan perniagaan makanan halal dan ladang getah.
  • Malaysia menghargai komitmen Srettha untuk melakukan apa sahaja demi mencapai resolusi keamanan dan menumpukan kepada pembangunan ekonomi di selatan Thailand dan utara Malaysia, iaitu Kelantan.

 

Sumber: Bernama, Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …